FARZEERA HUSNA
Kerja kursus Sejarah PMR 2013
Ahad, 28 April 2013 • 23:32 • 0 comments




Assalamualaikummmmmmm Warahmatullahi Wabarakatuhhh :)

kawan farz sorang ni suruh farz update sikitt tentang folio sejarah tuh . Farz update je apa yang farz tahu . maaf kalau tak berapa nak lengkap or what ever lah :)



Contoh PENGHARGAAN:

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Kerja Kursus Sejarah ini  dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan folio ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau, iaitu Encik Razlan Bin Ngah, kerana telah memberikan kebenaran serta kerjasama yang tidak terhingga kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus yang bertajuk " Kegiatan Ekonomi Tradisional Malaysia". Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang turut sama membantu saya dalam menyempurnakan folio saya ini.

Seterusnya saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Guru Mata Pelajaran Sejarah saya iaitu Puan. Siti Hamidah Binti Mohd Noor kerana telah memberi bimbingan dan teguran yang sangat berharga semasa saya membuat kerja kursus ini.


Saya juga amat terhutang budi kepada kedua ibu bapa saya iaitu Mohd Farid Bin Abdul Wahab dan Fairuza Binti Ibrahim yang telah banyak memberikan bantuan daripada segi kewangan dan buah fikiran kepada saya apabila saya memerlukan mereka.


Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan seperjuangan saya di Kelas 3 Al-Farabi yang turut sama membantu saya dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan folio ini seperti yang telah ditetapkan.




KAEDAH KAJIAN:
lampu animasi bergerak

(a) Kaedah Lisan/ Temubual : menemuramah orang sumber untuk mendapatkan maklumat. 
         (Nyatakan siapa yang ditemubual)

(b) Kaedah Analisis Dokumen : memilih maklumat atau dokumen yang berkaitan seperti fail
        Batik Rm , Kuantan , Pahang .
                                  (Nyatakan maklumat dokumen yang digunakan)

(c) Kaedah Pemerhatian: membuat pemerhatian di kawasan kajian

(d) Kaedah Melawat Tempat Kajian: nyatakan tempat yang dilawati

(e) Kaedah Melayari Internet:mendapatkan maklumat daripada internet
                                                   (Nyatakan laman web yang digunakan)






KERJA KURSUS TINGKATAN 3

Elemen 1 (Mengumpul Fakta Sejarah)


  1. Internet
  1. Melawat Tempat Kajian (masukkan gambar2 yang diambil di tempat kajian)
  1. VCD (simpan gambar & video berkaitan tajuk kajian)
  1. Akhbar
  1. Orang Sumber (mesti ada nama,alamat dan umur serta mesti ada transkripsi perbualan)
  1. Majalah/ risalah  



                                                                           ELEMEN 3 


Nilai-nilai Patriotisme yang perlu pelajar masukkan dalam tugasan 2

(sekurang-kurangnya 5 nilai patriotisme dimasukkan dalam tugasan 2.)

Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia

Ø      menghormati raja dan pemimpin negara

Ø      menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara

Ø      menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara)

Ø      menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara

Ø      menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

Ø      berbangga dengan sejarah negara

Bersemangat Setia Negara

Ø      cinta akan bangsa dan negara

Ø      taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara

Ø      sedia berkorban untuk bangsa dan negara

Ø      bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara

Ø      berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara

Ø      peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

Ø      bersyukur sebagai warganegara Malaysia

Bersemangat Kekitaan

Ø      bersatu padu dan berharmoni-bertolak ansur dan bertoleransi

Ø      bekerjasama dan tolong-menolong

Ø      hormat-menghormati

Ø      bersefahaman dan bermuafakat

Ø      muhibah atau semangat bermasyarakat

Berdisiplin

Ø      berakhlak dan berbudi pekerti mulia

Ø      mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara

Ø      mematuhi peraturan dan undang-undang

Ø      berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi

Ø      bertindak wajar

Ø      bersifat amanah dan jujur

Ø      berlaku adil dan bertimbang rasa

Berusaha dan Produktif

Ø      rajin dan gigih

Ø      berdikari

Ø      tabah menghadapi cabaran

Ø      menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

Ø      berganding bahu membangunkan Negara

Ø      berilmu dan berketrampilan


Tu je yang farz nak share . sory tak berapa nak okay sangat . :) 










MEMORYFUTURE
READ THIS


Assalamualaikum and holla peeps.You just read my blog and dont you dare to judge me.You dont even know about what the type of fears that im facing to stay here until now.Feel free to navigate here.



Mood: Im Bored -.-

Status: PMR is over ^^


SHOUT HERE



CLICK THE BUTTON


BLOG ARCHIVE

  • Hang out with my friends
  • Makcu punya wedding .
  • LKIM BIN BANDAR !
  • CendawanGorengg :D
  • My Birthday - 23 . 01 . 1998 -
  • Next year will be my sweet memories =)
  • Bestie kedua
  • Perlu ke aku pindah PD ?
  • Hari yang memenatkan
  • My neighbour ..........

  • THANKS TO

    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by: Izyanyancinnamon
    Edited by:Lisa Zahari
    Owner blog:Farzeera Husna
    Best view:Mozilla firefox
    Others:(♥♥)